Title: MOVIE REVIEW
hanifnasir - November 22, 2005 02:38 AM (GMT)
THE EXORCISM OF EMILY ROSE (18PL)
Mengisahkan kisah seorang gadis yang dirasuk oleh 6 makhluk/satan. Filem ini berdasarkan perbicaraan seorang paderi yang dituduh menyebabkan kematian Emily Rose dengan menghentikan perubatannya dan mengubati melalui keagamaan. Filem ini so real kerana berdasarkan kisah benar dan pelakon yang melakonkan watak Emily Rose pun memang pandai membawa watak tersebut. Babak akhir menyaksikan proses exorcism (menghalau hantu) yang seram tapi gagal mengeluarkan daemon daripada badan Emily Rose.
Bintang Antarabangsa: ***
Proses exorcism dalam babak2 terakhir..
Semasa dirasuk...
hanifnasir - November 22, 2005 02:57 AM (GMT)
HARRY POTTER & THE GOBLET OF FIRE (U)
Mengisahkan harry potter yang terpaksa menyertai pertandingan Triwizard setelah dipilih oleh cawan berapi (the goblet of fire). Pertandingan tersebut mempunyai tiga cabaran yang disertai oleh 3 orang lagi wakil daripada sekolah magik. Cabaran 1: Mengalahkan naga dan mengambil klu untuk cabaran kedua yg berupa sebiji telur emas yang dijaga oleh naga tersebut. Cabaran 2: Menyelamatkan seorang kawan dalam kolam (iaitu Ron dan kawan2 yg lain) dan membawa ke permukaan. Cabaran 3: Mencari piala Triwizard dalam satu kawasan bahaya. Akhirnya piala tersebut membawa harry potter kepada Lord Voldermort yang dihidupkan kembali oleh sekutunya. Siri harry potter kali ini nampak berbeza iaitu ada unsur jenaka dan sarat dengan aksi yang kadangkala nampak macam rushing jugak la... Walaubagaimanapun, best!!!
Bintang Antarabangsa: *****

Masa belajar.. dah tua-tua la semua...

Semasa pencalonan nama dimasukkan ke dalam Goblet of Fire...
arib - November 22, 2005 02:57 AM (GMT)
waa.. topik baru..
kaki wayang semesdian..
anyway better ko bg ko punye review psl cite nih anip..
so bole la aku buat benchmark nak tgk cite nih ke tanak.. :rolleyes:
hanifnasir - November 22, 2005 03:14 AM (GMT)
PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 (U)
Filem ini merupakan kesinambungan filem Pontianak Harum Sundal Malam dan menjawab banyak persoalan yg tak terjawab dlm filem tersebut. Mengisahkan Meriam yang rindu untuk menjalani kehidupan yg dulu bersama suaminya Danial dan anaknya. Dalam cerita ini menunjukkan bagaimana Laila (Nanu) melarikan anak Meriam dan dibesarkan di kampung bapanya (Aziz Sattar). Cerita ini juga memaparkan bagaimana Danial mati dibunuh semasa ingin pulang setelah belayar. Kemunculan Zali (Rusdi Ramli) yg masih budak dalam PHSM1 dan sukakan Meriam dari kecil, sangat berkesan yg mana Zali telah membantu Meriam masuk ke dalam badan Maria utk menjalani hidup seperti manusia. Dalam filem ini juga Ida Nerina kembali berlakon sebagai Bayang iaitu adik kepada Sitam yg mati dalam PHSM1. Saksikan juga bagaimana tarian kuda kepang menjadi senjata untuk menumpaskan pontianak. Yg paling best, masa Meriam dan Bayang berlawan antara satu sama lain. Elemen seram, sedih, aksi dan sikit2 lawak.. semua ada...
Bintang Malaysia: ****
Pendapat aku: Maya Karin wajar dapat sekali lagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik kerana lakonan yg sangat best dalam citer ni...
zahid - November 22, 2005 03:27 AM (GMT)
perghh anip..
seme citer tu ko dah tengok ke?
aku dah agak lama tak tengok wayang ni..
last citer ungu violet..
pass tu dah tak update dah..
lain kali nak tengok wayang ajak aku sekali..
ok??
arib - November 22, 2005 03:27 AM (GMT)
plus thread nih aku rase patut berade di ruangan kopitiam..
shooq - November 22, 2005 11:45 AM (GMT)
btul laa mintak admin tukar thread nih masuk ruangan kopitiam
btw ako dah tgk Harry porter dan ia mmg best direkomen kepada sesape yg blom tgk
hanifnasir - November 30, 2005 02:59 AM (GMT)
ZATHURA (U)

Mengisahkan dua beradik yang sentiasa bergaduh terperangkap dalam permainan angkasa Zathura. Cerita ni amat menarik sebab sangat melucukan dengan gelagat budak2 tu yang sangat kelakar dan menghiburkan. Ditambah pula dengan cabaran2 permainan yg sangat best seperti dalam Jumanji. Kad yang dikeluarkan oleh permainan Zathura mengandungi cabaran seperti ancaman Zorgon, kapal angkasa yg mencari haba, ancaman robot yang rosak, kehadiran angkasawan sesat yg sebenarnya merupakan diri budak tu yg sebelum ni dah memainkan permainan Zathura tapi hidup di angkasa lepas kerana membuat wish supaya adiknya tak pernah dilahirkan. Sangat menghiburkan!!! Best giler!!! Dalam panggung asyik gelak aje...
Bintang Antarabangsa: ****
Two brothers discover an oblong box in the park, which they dismiss as "just some dumb old game." The boys turn their attention away from the game's "jungle adventure" board to discover a second game board inside with an outer-space theme and a colored path leading to the purple planet, Zathura. Mayhem ensues each time one of the boys draws a game card or rolls the dice. Facing meteors and giant robots, the brothers begin to appreciate each other and their sibling rivalry dissolves.
dua beradik yg selalu bergaduh tapi baik sebenarnya...

satu cabaran di mana rumah mereka terlalu dekat dgn matahari dan ditarik oleh graviti matahari...

rumah mereka diserang Zorgon, makhluk seperti cicak yg makan daging!

semasa kakak mereka jadi ais dalam satu cabaran...

bersama astronaut yg turut bersama menghadapi serangan Zorgon...
sudin - December 30, 2005 12:40 AM (GMT)
Baik Punya Cilok.
komen;
hampesssssss!!!!!kan stamang?kreatif tu ade la,tp jln crita ringkas sgt..4 sahabat nak ambil blk loket dr kedai pajak yg menipu salah seorang rakkanya,tp tak sempat nak rompak dah kena tangkap sbb ade org lain yg gi rompak dulu-kawan diorang jgk la yg cilok tu..-review takleh penuh,nnt penerbit marah-
bintang: 1/2*
sudin - December 30, 2005 12:41 AM (GMT)
narnia
komen;
pergghhhh!!!!best...tak rugi gi tgk.
bintang;**********
hanifnasir - January 3, 2006 06:12 AM (GMT)
KING KONG (U)
Citer ni best gile babi hingga menyebabkan jatuh airmataku....
Kita dapat rasakan perasaan antara heroin tu dan king kong tersebut walaupun masa shooting king kong tu takde...
Bintang: *****
sudin - January 4, 2006 06:46 AM (GMT)
castello
cite ni...bolehlaaa....
bintang;**
hanifnasir - January 6, 2006 08:59 AM (GMT)
cepat nye mung tengok castello...
aku tokse la gi tgk citer tu...
takut ganas sangat... lagipun aku ni bawah 18 thn...
nanti mengganggu ketenteraman plaks...
sudin - January 6, 2006 03:51 PM (GMT)
biasa...aku ni kan pencinta filem2 tempatan...
hanifnasir - February 13, 2006 07:40 AM (GMT)
BROKEBACK MOUNTAIN
Citer ni aku terasa nak tengok sebab dapat pencalonan grammy ke academy award. Bila dah directornya Ang Lee, sure korang pun terasa nak tengok walaupun citer tak glamour sangat.
Yang panasnya, citer ni berkisar ttg kehidupan dua lelaki muda Ennis Del Mar (Heath Ledger) dan Jack Twist (Jake Gyllenhaal) yang mendapat kerja menjaga kambing biri2 di Brokeback Mountain. Kehidupan mereka biasa je sehinggalah pada satu malam yg sejuk, they have sex. Besoknya, mereka telah dilamun cinta. Unfortunately, mereka terpaksa berpisah kerana Del Mar akan pulang ke tempatnya dan berkahwin dengan Alma (Michelle Williams). Jack pula telah berjumpa dengan cintanya Lureen Newsome (Anne Hathaway) dan berkahwin. Setelah Del Mar dapat 2 anak, Jack datang melawat rumah mereka semasa isteri Del Mar ada di rumah. Mereka berpelukan dan bercumbuan di luar rumah sehingga tidak perasan isterinya melihatnya dari dalam rumah. Akhirnya Del Mar terpaksa bercerai dengan isterinya.
Jack Twist ingin Del Mar hidup bersamanya, tetapi Del Mar menolak kerana fobia akibat daripada seorang gay yang dibunuh semasa dia kecil. Del Mar fobia sekiranya orang ramai tahu dia gay bersama Jack. Jack kecewa dan kali terakhir diorang berpisah, Jack akhirnya dibunuh kerana bergaduh dengan orang. Del Mar berasa sangat sedih dan melawat ibu bapa Jack, lalu terjumpa dan mengambil bajunya yg disimpan Jack ketika mereka bergaduh di brokeback mountain.
Kesimpulannya, adegan seks melibatkan dua lelaki tersebut tidak keterlaluan, tetapi kisah percintaan mereka hambar dengan kurangnya kenangan manis, dan lakonan yang kurang emosi. Tapi ending nya cukup emosional dan meninggalkan kesan dengan lakonan mantap Heath Ledger.
Dua tunggak utama, Heath Ledger & Jake Gyllenhaal

First time jumpa...

Saat indah hehe..

Michelle williams..

Anne hathaway...

Saat emosional Ennis memeluk bajunya yg disimpan Jack..