View Full Version: Sajak Buat Wanita

Semesdian9397 > Tazkirah > Sajak Buat Wanita


Title: Sajak Buat Wanita
Description: renungan


Joe Bogo - May 23, 2004 08:32 AM (GMT)

Sajak buat Wanita


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Sekian.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -


azlida - May 23, 2004 10:52 AM (GMT)
Perhhh.... best best... ha.. kepada semua suami and bakal2 suami tuh hayatila bebetul ye.. semoga dpt menjalankan tanggungjawab sebagai suami sejati.. bakal2 isteri lak.. jadilah isteri yg solehah... penyeri and penawar hati sidia.. kalau due2 main peranan, saling memahami.. insyaAllah, terbentuklah keluarga bahagia and dirahmati Allah ..berbahagia dunia akhirat.. aminn.. :)

arib - May 24, 2004 12:57 AM (GMT)
mak aii... panjang gile sajak nih.. heheh :lol:

sunquick_ais - May 24, 2004 05:14 AM (GMT)
fuh gempek ah saintis zame lo ning
heheh..anyway..good one!
kene bace, hayati, dan paling penting, practice!
we don't preach things we don't practice, right?
-aziah

yudin - May 24, 2004 03:33 PM (GMT)
mak ai panjang giler..scroll down tak abis-abis lagi..tido dulu esok sambung baca..sayu dan layu aku baca.

yudin - May 24, 2004 03:35 PM (GMT)
ek eleeh aziah..senyum cam iklan ubat gigi..hikhikhik.

iqbal - May 25, 2004 12:36 AM (GMT)
Yudin..sajak tu joe tulis sesuai utk ko..ko kan tak lama jer lagi... :D Eh,sape nama gadis pilihan ko tu yudin?Kua..kua..kua...

sunquick_ais - May 25, 2004 02:59 AM (GMT)
to encik yudin
:P
woo..nok kawen doh ee?
senyap2 je..gitu a yee..
congrats anyway..ahahaha
-aziah

iqbal - May 25, 2004 06:33 AM (GMT)
Haha Yudin..jawab yudin,jangantak jawab..Aziah da tanya tuh...
aku rasa ramai lagi yg tertanya-tanya nie..budak mana?siapa nama?kenal mcm mana?dah berapa lama?bila nak dilangsungnyer? :huh:

p/s:tahniah gak

arib - May 25, 2004 08:01 AM (GMT)
Waa... yudin pon dah nak kawen rupenye... congrats.

sufi - May 25, 2004 08:57 AM (GMT)
uikss?...yudin nak kawen?...
waa...aziah bile lagi..?muahaahah..;)) ;)

sunquick_ais - May 25, 2004 10:41 AM (GMT)
kawen? lek lek lu...
kite dok gaduh kite..
ade jodoh kawen aa insyaAllah
beng gaduh.. :lol:
ahaha
sufi ye aa..thn dpn insyaAllah..ke gane sufi?
-aziah

yudin - May 25, 2004 03:14 PM (GMT)
eeee..aku baru baca separuh..potong betul balung..apehal gosip2 liar berlaku nie..bak kate pepatah artis' i no comment'..aku nak simpan duit nak beli mpv harrier by the end of this year...iqbal,sila bersekutu dengan aku sebelum sesuatu yang buruk berlaku..malu nanti..hakhakhak

yudin - May 25, 2004 03:16 PM (GMT)
to miss aziah,

aku tak bermaksud nak melukai hati mu..aku masih setia..:)hakhakhak

yang jahat tapi jujur,

-mahyudin-

yudin - May 25, 2004 03:20 PM (GMT)
ok..aku baru abis baca..apesal seram jer sajak tue joe dier punyer ending..rase cam panas lak..terbakar iqbal balung baca nanti..jage perasaan member2 joe.

mahyudin

iqbal - May 26, 2004 12:18 AM (GMT)
QUOTE (yudin @ May 25 2004, 03:14 PM)
..apehal gosip2 liar berlaku nie..bak kate pepatah artis' i no comment'..aku nak simpan duit nak beli mpv harrier by the end of this year...iqbal,sila bersekutu dengan aku sebelum sesuatu yang buruk berlaku..malu nanti..hakhakhak

Gossip Liar?Apa yg gosip?apa yg liar?Bukan itu ker yg ko bagitu aku dulu masa datang KL utk kursus itu hari..?

Hehe yudin..ko jgn nak cube fitnah aku lak..kang aku bann ko kang..muhahahahaha...tetibe rasa berkuasa lak..riak dan takbur... :D

yudin - May 26, 2004 01:22 PM (GMT)
ek eleh..aku tak nak join tapi ko yang pakse..fiut,bile lak aku cakap nak kawen..kawen bukan main2 ma..aku rase tak caye ko nak kawen..baik ko tefon aku n ceriter...aku paham sgt 2 ngan ko fiut..maybe we need to talk..:)

-mahyudin-

Joe Bogo - May 27, 2004 01:40 AM (GMT)
ye ke seram. aku pun x bace abis.xpelah bior orang nak kawin pikit sikit.ko pun nak kawin yuddin! saper pompuan tu? :rolleyes: kawan2 sume, antara aku ngan yuddin sapa lebih gemuk sbb dah lama aku x jumpa dia?

iqbal - May 27, 2004 01:45 AM (GMT)
QUOTE (saintis alaf baru @ May 27 2004, 01:40 AM)
kawan2 sume, antara aku ngan yuddin sapa lebih gemuk sbb dah lama aku x jumpa dia?

Joe..sudah terang lagi bersuluh..antara kau dan yudin,tentulah ko lagi gemuk,besar dan lebar.. :D ..Hehe...peace..Ko kata yudin gemok?mana ada?..Yudin slim apa?Pinggang saiz 26" kalau tak salah aku..Hoho

p/s:Joe,walaupun ko rasa ko gemuk,tapi ada org lagi beso..H_ _F_Z?..siapakah orangnyer?... :rolleyes:

Peace..

Joe Bogo - May 27, 2004 04:03 AM (GMT)
ye ke.kurusnya yuddin.oklah ari nie aku start diet semula la. B) saper yang ko maksudkan tu?aku tak tau ler :D

yudin - May 28, 2004 04:08 AM (GMT)
joe..takyah pakai gambar lain..hadapilah kenyataan..fiut,aku bagitau apis mu kutuk dier nanti..hahaha

kawan apis yg benar2 ikhlas;

-mahyudin-

iqbal - May 28, 2004 06:57 AM (GMT)
QUOTE (saintis alaf baru @ May 27 2004, 04:03 AM)
ye ke.kurusnya yuddin.oklah ari nie aku start diet semula la. B)

Joe..sebenarnya comfirm ko lagi kurus dari Yuddin..aku tukar statement la since Yudin dah declare war..Ko takdelah gemuk sgt Joe..comel jer aku tengok...Tak macam si Yudin tuh..huh...Hati kau pun baik Joe...bak kata orang ko nie antara Lelaki Idaman la Joe..Hidup Joe.. :lol:

yudin - May 29, 2004 03:17 AM (GMT)
QUOTE (iqbal @ May 28 2004, 02:57 PM)
[/QUOTE]
Ko takdelah gemuk sgt Joe..comel jer aku tengok...Tak macam si Yudin tuh..huh...Hati kau pun baik Joe...bak kata orang ko nie antara Lelaki Idaman la Joe..Hidup Joe.. :lol:

ayat cam dibayar..takyah joe..fiut tue aku tau..kite boikot dier kawen..hakhakhak

-mahyudin-

Joe Bogo - May 31, 2004 02:47 AM (GMT)
QUOTE (yudin @ May 28 2004, 12:08 PM)
joe..takyah pakai gambar lain..hadapilah kenyataan..
-mahyudin-


yuddin ko tengok tak kabhi kushi kabhi gham.kan rohan masa kecik dia gemuk.tapi bila besar dia kurus. hemsem pulak.hebat main kriket. aku nak jadi camtu lah. :P

yudin - June 4, 2004 04:23 AM (GMT)
hakhakhak..gampang joe..hakkhakhak..ko nie takleh tengok hindi sgt..nati terpengaruh.hakkhakhak.

-mahyudin-

aziani - June 8, 2004 05:15 AM (GMT)
yuddin tetap setia padamu, aziah...
kua..kua..kua..kuanggggg.. :lol:
jgn gaduh2 kat sini lak korang, tak seshuai tau...
aku tumpang gembira hehhehe :D

Joe Bogo - June 14, 2004 02:30 AM (GMT)
QUOTE (aziani @ Jun 8 2004, 01:15 PM)
yuddin tetap setia padamu, aziah...
kua..kua..kua..kuanggggg.. :lol:
jgn gaduh2 kat sini lak korang, tak seshuai tau...
aku tumpang gembira hehhehe :D

yuddin nie betul ke gossip jer. kalau betul kesetiaan tu lahir dari hati ko yang ikhlas, apsal tak kasi tau (ayat jiwang skit).kitaorang boleh tolong.member punyer pasal no hal.




* Hosted for free by InvisionFree